Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilangsungkan di Bella Center di Copenhagen, Denmark, mulai 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan ini merangkumi Persidangan Peserta-Peserta Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-15 (COP 15) dan Mesyuarat Peserta-Peserta Protokol Kyoto ke-5. Mengikut Peta Jalan Bali, rangka kerja pengurangan perubahan iklim selepas tahun 2012 mesti dipersetujui di sana.[1]Persidangan ini menyusuli persidangan saintifik Climate Change: Global Risks, Challenges and Decisions yang juga dilangsungkan di Bella Center pada Mac 2009. Rundingan mula menunjukkan pembaharuan apabila pada Mei 2009, Setiausaha Agung PBB Ban-Ki Moon menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Dunia mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, anjuran Majlis Iklim Copenhagen (COC), di mana beliau meminta agar para anggota majlis COC menghadiri Minggu Iklim New York di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim pada 22 September serta berhubung dengan ketua-ketua kerajaan mengenai topik masalah iklim.[2]Connie Hedegaard menyandang jawatan sebagai presiden persidangan sehingga 16 Disember 2009, kemudian menyerahkan jawatannya kepada Perdana Menteri Denmark Lars Løkke Rasmussen pada hari-hari terakhir persidangan, ketika berlangsungnya rundingan antara ketua-ketua negara dan kerajaan.[3] Pada 18 Disember iaitu hari terakhir persidangan, media antarabangsa melaporkan betapa "kucar-kacir" rundingan iklimnya.[4][5][6] Selain itu, dilaporkan juga selain kehancuran sidang kemuncak, hanya dapat diduganya "penyataan politik lemah" di akhir persidangan.[7][8]Persetiaan Copenhagen dirangkakan oleh Amerika Syarikat, China, India, Brazil dan Afrika Selatan pada 18 Disember, dinilai sebagai "persetujuan yang bermakna" oleh kerajaan Amerika Syarikat. Persetiaan ini sekadar "diiktiraf", tetapi tidak "dipersetujui", dalam perbahasan di kalangan semua negara peserta pada hari keesokannya, maka tidak diluluskan sebulan suara. Dalam kandungan dokumennya diakui bahawa perubahan iklim adalah salah satu cabaran tergetir pada masa kini, oleh itu tindakan harus diambil untuk memastikan kenaikan suhu tidak melebihi 2 °C. Dokumen tersebut tidak sah di sisi undang-undang dan tidak mengandungi apa-apa komitmen yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang pengeluaran karbon dioksida.[9] Para pemimpin negara berindustri, termasuk Barack Obama dan Gordon Brown, berpuas hati dengan persetujuan ini tetapi ramai pemimpin negara lain dan pertubuhan bukan kerajaan menentangnya.

Berkaitan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Potsdam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Risiko Bencana Persidangan Meridian Antarabangsa Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Persidangan Pemakaian Bahasa Esperanto di bidang Sains dan Teknologi Persidangan Geneva 1954 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Rujukan

WikiPedia: Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 http://www.smh.com.au/environment/climate-change/c... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/climat... http://www.themonthly.com.au/monthly-essays-tim-fl... http://www.cbc.ca/world/story/2009/12/18/copenhage... http://www.iisd.ca/upcoming/linkagesmeetings.asp?i... http://www.cnn.com/2009/POLITICS/12/18/obama.copen... http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/12/09/danish.... http://www.facebook.com/cop15 http://ibnlive.in.com/news/last-day-of-copenhagen-... http://www.livemint.com/2009/12/16183943/Climate-c...